APA YANG WAJIB ADA SEBAGAI USAHAWAN SEBELUM JADI SAWAN !

by / Wednesday, 14 December 2016 / Published in Uncategorized
_73560406_bomohaircraft

 MINDSET yang BETUL & ELAKKAN KHURAFAT

1 – Carilah Ilmu dan Jangan Sombong & Ego

Berniaga di Instagram atau di mana mana (online atau offline) perlu ada ILMU dan jangan TAKLID BUTA. Jadi rajin rajin menuntut ilmu dengan guru yang ada kredibiliti yang pakar dalam bidang masing masing. Ingat, BUKAN SEMUA GURU PAKAR SEMUA BENDA. Kalau ada guru yang mengaku pakar semua benda di luar sana, ambil telur campak kat dahi dia. Tepek 3 kali dan cakap dekat dia ( I want a teacher not a witch aka AHLI SIHIR pastu buat muka geram mata tutup satu kali boleh ?)

2 – Berniaga itu SUSAH

Kita memang mudah tertipu dan terkesima bila mendengar anak muda atau pasangan suami isteri yang muda berjaya MELETOPKAN JUALAN hingga JUTAAN RINGGIT kan ? Nak nak yang sembang dapat cecah juta dalam masa 7 bulan haha Terasa terbakar bahang sampai membuak panas meleleh ke leher. Terus google, apa produk aku nak kuarkan nie ! Tak cerita banyak, labur aka leburkan duit dekat mana mana kursus pemasaran ahli sihir dengan harapan aku nak menjadi macam dia. Sahabat, BERNIAGA ITU SUSAH. Kalau senang, ramai dah berniaga. Cuba lihat sekeliling kita, keluarga kita, berapa kerat sangat yang mengambil perniagaan sebagai punca rezeki sebab apa ? Sebab berniaga itu banyak liku liku dia, banyak cabaran dia. Bila melihat sebuah kejayaan, hayatilah perjalanan bukan pencapaian. Siapkan diri, hati kena strong & paling penting ASAS AGAMA kena kuat. Jangan ingat bukak Instagram, naikkan followers, terus dapat sale. Hahaha

3 – Tidak semua berniaga JUTAWAN

Ini pandangan saya dan mohon maaf sebelum mengulas. Bicara soal jutawan, memanglah siapa yang tak mahu senang kan ? Bini mintak sofa satu, 3 sofa kita kasi berderet depan mata dia. Suami mintak bike, kita kasi jet atas parking atas atap umah. Melampau lak gambaran saya kan ? Sorry .. Apa yang saya cuba sampaikan, berniaga perlukan kefahaman yang jelas, matlamat jelas, meletakkan jutawan sahaja sebagai asas utama berniaga tidak betul sebab kesian sangat, ramai yang hilang pedoman sebab nak jadi jutawan. Semata mata duit, hilang keluarga, hilang kawan, hati makin tamak ! Masa kat ofis lagi lama masa kat masjid, bersama isteri dan suami (Jap, ini pun peringatan untuk saya juga hokay ?) Sebab tak semua jutawan dengan berniaga, rezeki tak pernah silap sahabat. Antara perkara yang lebih MENENANGKAN ialah dengan berniaga, kita dapat memberi NILAI TAMBAH kepada manusia dengan memberi peluang untuk mereka menambah pendapatan atau servis/produk kita mampu MEMBANTU mereka dalam urusan urusan yang tertentu. Apa perasaan kita bila kita dapat pujian dari pelanggan, puas kan ? Mesti puas sebab usaha kita untuk membantu orang berjaya. Tuhan izinkan. Fokuslah pada MANFAAT, inshaallah JUTAWAN akan datang, kalau tidak disini mungkin disana.

Maaf. Ini perkongsian. Saya bukan guru mahupon sifu dan saya bukan jutawan.
Jika SUKA, share lah.
Jika TAK SUKA, anggaplah sebagai esei budak budak darjah satu baru nak belajar.

Terima kasih. Sama ada anda masih bersama dengan Social Mart Rocks atau tidak itu tidak penting, yang penting kita sama sama berusaha untuk menambah baik apa yang boleh kita tawarkan kepada orang ramai.

Masukkan saya dan syarikat saya dalam doa awak, saya doakan juga semua berjaya SENANG & TENANG.

Assalamualaikum wbt.

mr president
www.socialmart.rocks

Leave a Reply

TOP